Wednesday, 4 April 2012
Umrah.part 1
7 Mac - 19 Mac 2012.akhirnya termakbul hasrat dan hajat yang terpendam sejak 2008 lagi.sebaik tamat belajar di um/dss terus ajak mak buat umrah. Mula-mula setuju, kemudian mak cakap alang- alang ke mekah mak nak buat haji terus sebab kita bukan orang kaya yang mampu pergi beberapa kali.alamak baru perasan belum daftar dengan tabung haji.so secepat mungkin ke tabung hajilah.tarikh diperolehi .huhu 2026.tak pe lama lagi relax dulu.tahun 2009 tabung haji hantar Surat tawaran pakej haji.mak kata nak rasa pengalaman macam orang lain guna muasasah.so I follow lah.dalam masa yang sama terfikir juga, kalau tahun ni ada rezeki ke mekah cukup bersediakah aku dengan tanggungjawab ini.ilmu didada kosong rasa ya. Strategi Bermula. Jeng - jeng. Daftar ambik kursus haji di masjid berhampiran tempat kerja setiap petang jumaat Selama setahun.hantar Surat rayuan ke tabung haji.manalah tahu Ada rezeki.2010,2011 tak de rezeki nampaknya.ok jugak.ada masa lagi tambah ilmu.
2012,terfikir lagi, kalau tahun ni dapat pegi macam mana ye.blur je rasa,macam mana keadaan mekah tu. walaupun banyan baca pengalaman orang lain kat blog tapi masih banyak persoalan.walaupun dah travel banyak tempat kat dunia ni tapi ke mekah ni lain auranya?.jan 2012 kat tempat kerja aturkan program umrah siri 1.allah maha kaya,macam memahami kerisauan di hati ini.terus daftar dan bayar rm 7900.pegi Pulak kursus umrah sehari suntuk.sehari selepas kursus nak kena bagi ceramah kat kkb pulak. Apa pun tak buat lagi, power point tak buat lagi.bos pulak bagi arahan last minute.macamlah aku ni professional sangat.mana satu nak buat ni. Preparation nak gi umrah ke preparation nak bagi ceramah. Ini semua dugaan. Sabar,sabar.so aku pegi kursus intensif umrah dan masa rehat tengahari lari ke pejabat jap Siapkan PowerPoint plak.huh. Terima kasih kepada ayu yg sangat ayu sebab tolong mana-mana yang Patut tu ye.Esok Pago terus ke kkb selesaikan tugasan sebagai penceramah yang tak bertauliah.alhamdulilah semua berjalan dengan baik.selesai satu bab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment